28.1.13

SABAR ITU!!!!! MEMANG BETUL SEPARUH DARI IMAN

Hari ini..... pagi tadi, SR ada appointment dengan Dr. Saiful (Pakar Oral & Surgery) di HUSM. 3-4 hari sebelum balik kampung SR dah call Dr. Saiful untuk buat temujanji, nasib baik jadual Dr. Saiful okey, pesanan dari doktor datang awal pagi jam 8.30..... dalam hati......... Alhamdulillah. Bulan lepas masa balik Krismas jadual Dr. Saiful padat kena bertugas di bilik OT. Disebabkan tak dapat jumpa doktor maka masalah SR pun tak selesai. So malam tadi sms Dr... cuma nak remind dia jangan lupa temujanji jam 8.30 pagi. Balasan sms dari doktor "datang lewat sikit boleh tak? 9.30 pagi ke......". nasib baik SR sms dia, kalau tak maunya menunggu dari awal + janji melayu. Cakap 9.30 pg.... 10.00 pg baru sampai. Dan kebetulan pula hari ni anak saudara SR pun ada appointment dengan Doktor yang sama. Hari ni kami datang berdua je, kakak SR tak datang sebab kerja, susah sikit nak minta cuti kalau terlibat dengan student ni.

Lebih kurang jam 10.45 kes SR selesai, tapi kena datang lagi pagi Selasa ni, adeehhhh, ingatkan dah settle hari ni. Tapi 11.45 pg nanti Along Syafiq kena pergi ke Unit OTORHINOLARYNGOLOGI  (ORL).... susahnya nak sebut, senang cerita klinik pakar HIDUNG TELINGA DAN TEKAK. Masa tunggu giliran kat sini ... betul-betul mencabar kesabaran kami. Penantian dari pukul 11.15 pg..........  pukul 1.00 tengahari baru kami masuk. Masa ni perut dah keluar bunyi macam-macam daaa......... lapar giler, dah la pagi subuh sepi-i kami makan laksam jer.
Nasib baik doktor ni hensem........ muka dia sebijik macam Sein.. pelakon drama, yang kawin dengan Nana anak Mat Taib tu. Hati yang panas + lapar tetiba je jadi sejuk.... keh keh keh... SR tak tau lak nama doktor ni... cuma terdengar staff kat dalam ni panggil dia Hisham.
Proses checkup kat atas ni, doktor tarik lidah... pastu masukkan kamera dalam tekak, sampai nak termuntah ... dah keluar air mata pun ye. Alih-alih doktor sembur ubat bius, supaya tak muntah.
.
Kesian Along... masa doktor ni masukkan kamera dalam hidung, keluar air mata... lepas tu masuk lak kamera dalam telinga. Banyak lagi rawatan susulan lepas ni nak kena jumpa pakar khusus untuk hidung.... pakar mata .... pakar telinga, pakar otak nak kena buat MRI.... macam-macam lagi la sebelum tarikh pembedahan ditetapkan.




p/s : Apa-apa pun semoga urusan rawatan ni dipermudahkan oleh Allah. Amin!!!!













38 comments:

  1. Syafakillah/Syafakallah untuk keduanya.. sabar dlm iman korang menanti ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Terima kasih ye CH... menanti dan terus menanti

      Delete
  2. Ada masalah mende dgn idung dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekdaa....... memang sejak dilahirkan..masa zaman kecik dulu.. doktor tak bagi jaminan cuma 50-50 antara selamat ngan tidak.

      Delete
  3. Semoga Allah permudahkan segalanya...
    Bab menunggu t/janji di hospital mmng memerlukan kesabaran.....kalau tak sabar mmng dah cabut..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ MP
      memang la semalam pun hampir2 nak cabut, lapar tahap gaban... dah la cafe jauh

      Delete
  4. xper mekdaa, sabar tangga kesihatan jugakk., ahHKs

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la Wak..... dah biasa sangat dengan penantian...

      Delete
  5. betullah tu.....sabar itu separuh dari iman.......kalau tak sabar mesti dah cabut kan.....namanya kehidupan mesti ada kesabaran......sama2 kita sabar untuk kebaikan......

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. TM....... ni memang sejak lahir, cecair dari otak kumpul kat situ

      Delete
  7. Semoga tabah untuk setiap dugaan. Ada hikmah nya.

    Kenapa kena buat pembedahan ni sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buang la apa yg terlebih tu, nak tutup lubang kat dahi.... ikhtiar je sbb tuan badan memang sanggup buat rawatan

      Delete
  8. masuk kamera??

    memang sakit... ia kena bersabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la ... doktor nak tengok takut ada cecair dalam hidung

      Delete
  9. masalah sinus ke SR? semoga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la.... ini melibatkan otak juga...

      Delete
  10. semoga pembedahan berjalan dengan lancar nanti

    ReplyDelete
  11. Mmg cool lah doktor tu.....siap pakai ketayap lagik....semoga segalanya di permudah kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ye..... hati yg panas pun sejuk... hahaha

      Delete
  12. kak da buat doh dulu.
    memae sakit .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tengok dr tu buat.... sian ko along, sakit

      Delete
  13. ngeri juga bila baca..masuk sana,masuk sini..semoga sehat nanti ye..insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal..... kena buat rawatan lebih detail sebelum operation

      Delete
  14. siannyer... moga dipermudahkan semua !

    ReplyDelete
  15. benar.. sabar itu separuh dari iman :)

    moga di permudahkan.. amin.

    ReplyDelete
  16. alahhhhhhhh tak nmpk muka doc tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.... mmg tak nampak sbb saya curi-curi snap jer ngan TAB

      Delete
  17. CSF along flow ke hidung & dahi ke SR?
    Moga Allah permudahkan segala urusan rawatan dia...mmg betul, menunggu doktor di hospital amat menduga kesabaran...saya dulu kesian juga tgk patient2 saya yg dtg dari awal pagi menunggu santak la ke waktu lunch...tapi kami mmg busy, byk kerja di ward atau OT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tujuan masukkan kamera nak pastikan samada ada cecair bertakung kat dalam hidung di ke tak. So far takder. Dekat dahi dia ada lubang. So yg benjol tu adalah cecair dari otak dia.... itu kata doktor dia ...

      Delete
  18. Sedih baca entri ni. Semoga semua urusan untuk pembedahan Along akan dipermudahkan dan beliau cepat sembuh.

    ReplyDelete

Takkan tengok je.. komen la sikit